Kerana Apa Kita Bekerja?

Adakah kerana nak setup mesin ATM yang secara automatik mengeluarkan wang untuk kita sambil kita duduk /baring/meniarap/tidur?

Adakah kerana kita nak bela nasib keluarga?

Adakah kerana kita ingin membuktikan kita mampu bersaing?

Adakah kerana kita ingin mengumpul sebanyak aset yang mungkin untuk menjamin masa depan keluarga kita?

 

Bagaimana kalau aku katakan itu semua cara pemikiran yang salah, walaupun kita telah berpuluh tahun dibesarkan dan disuapkan dengan pemikiran begitu? Sebenarnya, kita bekerja kerana Allah. Allah suruh kita berusaha, dan Allah beri ganjaran atas usaha kita. Allah tak larang kita menggunakan kekayaan untuk manfaat orang lain, bahkan Allah beri ganjaran untuk itu. Allah perintahkan kita memastikan kehidupan yang selesa untuk anak/isteri kita, dan Allah beri ganjaran untuk itu.

Allah perintahkan kita menunjukkan akhlak yang baik bukan saja kerana untuk memberi ganjaran kepada kita atas akhlak yang baik itu, tetapi juga supaya kita boleh menjadi contoh kepada orang lain dan menjadi asbab kebaikan, dan Allah beri ganjaran juga untuk itu.

Maka, sebenarnya, sepatutnya, kita bekerja kerana Allah. Kita bekerja kerana mengikut perintah Allah. Dari situ barulah akan datang ganjaran yang Allah janjikan, dan barulah timbul asbab yang menyebabkan kita dapat menikmati kebesan kewangan, aset dan sebagainya yang diidamkan di dunia ini. Bila kita tanamkan dalam hati bahawa kita bekerja kerana Allah, dengan usaha mengingati Allah di setiap saat melakukan pekerjaan itu, Insya Allah kita dapat membendung diri daripada melakukan laranganNya.

Contoh : Sebagai pegawai (di jabatan awam atau swasta), apabila kita betul-betul tetapkan niat bekerja kerana Allah dan berusaha untuk tidak lalai dari mengingati Allah, tak akan sanggup kita hendak menerima rasuah atas nama Allah? Secara tidak langsung, terbantutlah godaan syaitan dan terselamatlah kita daripada mengumpul rezeki yang tidak berkat. Maka Insya Allah akan datang ganjaran Allah atas usaha kita bermujahadah melawan nafsu. Apa yang kita dapat bila kita bekerja kerana Allah ?

  1. Dapat ganjaran wang seperti yang kita sepatutnya dapat (gaji, bonus, dsb)
  2. Dapat selesaikan pekerjaan mengikut tanggungjawab yang diberikan
  3. Dapat mendidik hati menjadi sabar dan jujur, serta yakin dengan janji Allah
  4. Dapat mengelakkan diri daripada rezeki yang haram
  5. Insya Allah menjadi asbab contoh kepada orang lain dan mudah
  6. dan ganjaran pahala yang hanya Allah sajalah tahu betapa banyaknya

Nampak tak betapa banyak kelebihan bila kita bekerja kerana Allah? Sedangkan kalau kita bekerja semata- kerana sebab-sebab duniawi yang seperti yang aku sebut awal-awal tadi, Insya Allah kita akan dapat tetapi itu sajalah yang kita dapat. Lebih bahaya lagi, kalau kita terpedaya dengan syaitan tanpa kita sedari, kita sangka semua yang kita dapat itu adalah sebab usaha kita sendiri. Sedangkan segala usaha dan kejadian hanyalah asbab semata-mata, Allah yang tentukan bagaimana setiap perkara itu berlaku. Bila kita rasa “akhirnya aku berjaya” walhal terlupa untuk mengembalikan kesukaan itu kepada Allah, bimbang nanti kita jadi orang yang tidak yaking dengan janji Allah, dan lupa pada Allah.

Hujung bulan kita pelik mana pergi duit kita, cepatnya habis macam air. Balik-balik kita salahkan oprang lain kerana menyebabkan pendapatan kita jadi kecil nilainya sehingga kita terpaksa buat 2-3 kerja untuk menampung kos hidup yang setiap hari meningkat. Tak pernah sekali pun kita nak lihat kesalahan sendiri yang tidak mendasarkan kehidupan kita kerana Allah.

 

Leave a Reply

Discover more from Poket kecil sebelah tepi

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading